152, YANG LAYAK MENJADI AMIR



Telah ditakhrijkan oleh At-Tirmidzi dan di hasankannya, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan lafadznya oleh Bukhari dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu katanya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengutus satu jama'ah yang terdiri dari beberapa orang. Sebelum mengutus mereka keluar, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mendengarkan bacaan Al-Qur'an dari setiap orang dari mereka. Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam telah mendatangi seorang lelaki yang paling muda di antara mereka lalu bertanya, "Adakah kamu menghafal Al-Qur'an?". Lelaki itu menjawab, "Ya, aku hafal beberapa surah dan surah Al-Baqarah".Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallambertanya lagi, "Apakah kamu hafal surah Al-Baqarah?". Pemuda itu menjawab, "Ya". Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda, "Pergilah, kamu adalah amir mereka". Seorang lelaki dari kalangan mereka berkata, "Demi Allah! Kami takut untuk menghafalnya sekiranya kami terpaksa mengamalkannya". Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda, "Belajarlah Al-Qur'an dan bacalah ia, karena sesungguhnya perumpamaan Al-Qur'an itu bagi sesiapa yang mempelajarinya dan membacanya adalah seperti kasturi yang tersebar baunya di setiap tempat. Barang siapa yang mempelajarinya dan menyimpannya adalah seumpama tempat penyimpanan yang mengandung kasturi yang tertutup".
Sebagaimana dalam kitab At-Targhib.
Ditakhrijkan oleh Al-Hakim dalam kitab Al-Kunya dari Asy-Sya'shy seumpamanya katanya, Umar bin Khathab radhiyallahu ‘anhu telah berkata, "Tunjukkanlah kepadaku seorang lelaki yang patut akulantik sebagai amir untuk menguruskan hal ihwal kaum Muslimin?". Mereka menjawab, "Abdul Rahman bin Auf (radhiyallahu ‘anhu)". Umar radhiyallahu ‘anhu berkata, "Dia seorang tua yang lemah". Mereka bertanya, "Siapakah yang kamu kehendaki?". Umar radhiyallahu ‘anhu menjawab, “Seorang lelaki, jika ia menjadi Amir mereka, ia menjadi seolah-olah orang biasa di antara mereka, dan apabila mereka ia tidak menjadi Amir mereka, ia seolah-olah adalah amir mereka.
Merekapun berkata, "Tidaklah kami ketahui seorangpun kecuali Ar-Rabi' bin Ziyad Al-Haris". Umar radhiyallahu ‘anhupun berkata, "Kamu benar."
Sebagaimana dalam kitab Al-Kanz
Amir yang Selamat dari Adzab Allah Ta'ala
Ditakhrijkan oleh At-Thabrani dari Abu Wail Shaqiq bin Salamah sesungguhnya Umar bin Khathab radhiyallahu ‘anhu telah melantik Bashar bin Asim radhiyallahu ‘anhuuntuk memungut zakat penduduk Hawazin. Bashar radhiyallahu ‘anhu telah melewat-lewatkan kepergiannya lalu beliau telah ditemui oleh Umar radhiyallahu ‘anhu dan telah berkata kepadanya, "Apakah yang telah menyebabkanmu terlambat?". Adakah kamu tidak mendengar dan thaat kepada perintah kami?". Bashar radhiyallahu ‘anhuberkata, "Tidak, melainkan aku telah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Barang siapa yang menjadi ketua bagi sesuatu urusan kaum Muslimin, maka ia akan datang pada hari kiamat sehingga ia akan berdiri di atas sebuah jembatan Neraka. Jika ia telah melakukan kebaikan, ia akan selamat. Jika telah melakukan kejahatan, jembatan itu akan runtuh lalu ia akan terjatuh ke dalam api Neraka tersebut selama tujuh puluh tahun".
Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu telah berkata kepada Umar radhiyallahu ‘anhu, "Adakah kamu telah mendengar sesuatu dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam?" Umar radhiyallahu ‘anhu pun menjawab. "Tidak". Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu berkata, "Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, 'Barangsiapa yang bertanggungjawab ke atas urusan kaum Muslimin, ia akan datang pada hari kiamat sehingga ia akan berdiri di atas sebuah jembatan neraka. Jika beliau melakukan melakukan kebaikan dalam tanggungjawabnya ia akan selamat. Jika sebaliknya jembatan itu akan rubuh dan ia akan tejatuh ke dalam neraka itu selama tujuh puluh tahun dan Neraka itu amat gelap dan hitam'.
Maka hadits yang mana satukah yang lebih menggetarkan hatimu?". Umar radhiyallahu ‘anhu mejawab, "Kedua-duanya. Oleh itu adakah sesiapa yang mau mengambil jabatan Khalifah ini?". Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu pun berkata, "Hanya orang yang hidungnya telah terpotong dan pipinya telah dilekapkan diatas tanah yang akan mengambil alih jabatan ini. Adapun aku tidak mengetahui melainkan jabatan Khalifah ini baik untuk mu. Karena jika kamu memberikan jabatan Khalifah ini kepada seseorang yang tidak akan berlaku adil, kamu juga akan menanggung dosa bersama dengannya".
Sebagaimana dalam kitab At-Targhib. Ditakhrijkan juga oleh Abdul Razak, Abu Nu'aim Abu Said An-Naqashi, Al-Baghowi dan Ad-Daruqutni dari jalur Sawid sebagaimana dalam kitab Al-Kanz. Ditakhrijkan oleh Ibnu Abi Syaibah dan Ibnu Mundah dari selain jalur Sawid sebagaimana dalam kitab Al-Ishobah.
Title : 152, YANG LAYAK MENJADI AMIR
Description : Telah ditakhrijkan oleh At-Tirmidzi dan di hasankannya, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan lafadznya oleh Bukhari dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘...

0 Response to "152, YANG LAYAK MENJADI AMIR"

Posting Komentar

Template Information

GameCategory

Pemesanan

Type Your Category

Test Footer 2