Setiap manusia diatas mukabumi ini berusaha. Setiap orang yang berusaha akan mendapat keyakinan atas apa yang diusahakan. Seorang petani yang usaha atas pertanian maka akan dapat keyakinan atas pertaniannya. Seorang peniaga yang usaha atas perniagaan maka akan dapat keyakinan untuk dapat sesuatu dari perniagaannya. Seorang pemerintah yang ada keyakinan atas pemerintahannya, yang usaha atas kuasanya maka akan datang keyakinan atas kuasanya. Setiap orang berusaha dan dalam hati mereka ada keyakinan atas usaha yang mereka telah lakukan.
Hari ini usaha atas agama telah ditinggalkan, usaha atas iman telah ditinggalkan oleh manusia. Oleh kerana itu, keyakinan atas agama telah keluar daripada hati manusia. Hari ini agama telah jadi satu benda yang ikhtiar dan infradi[1], satu benda pilihan dan bersifat peribadi. Sedangkan agama adalah bersifat ijtimai[2]. Asalnya agama bersifat ijtimai dan umum. Agama perlu diamalkan secara ijtimai. Oleh kerana tiada usaha atas agama, maka dari hati orang Islam sendiri telah tidak ada keyakinan pada agama. Telah tidak ada penggantungan pada agama bahawa dengan agama kita akan dapat kejayaan. Punca utama ialah kerana usaha agama telah ditinggalkan.
Allah s.w.t telah janjikan hidayah dengan usaha mereka yang bermujahadah, berusaha dan bersusah payah. Usaha yang macam mana? Maulana kata ada banyak cara usaha tetapi usaha yang dikehendaki ialah usaha yang mengikut kehendak Allah s.w.t dengan cara yang telah dibuat oleh Nabi s.a.w. Usaha yang mana Nabi s.a.w telah bangunkan sahabat-sahabat. Usaha yang mana Nabi s.a.w telah sediakan sahabat-sahabat. Melalui usaha itu, agama akan datang dalam kehidupan kita. Kita kena yakin dalam hati kita, bahawa satu-satunya cara yang pasti untuk dapat hidayat daripada Allah s.w.t adalah dengan perantaraan usaha dakwah illallah. Usaha tersebut hendaklah dijalankan dengan cara yang telah dibuat oleh Nabi s.a.w. Kita kena buat usaha dengan cara yang dikehendaki oleh Allah s.w.t yang telah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Kita kena pasak dalam hati kita bahawa hanya dengan usaha yang dibuat oleh Nabi s.a.w dan sahabat-sahabat sahaja agama akan datang dalam kehidupan kita dan seluruh umat. Tidak ada cara lain. Usaha yang dibuat bukan dengan cara Nabi s.a.w dan sahabat, maka bukan agama yang akan datang tetapi di khuatiri kesesatan/fitnah yang akan datang. Dengan cara lain hidayat tidak akan datang.
Kalau dimana-mana disudut dalam hati kita ada sedikit keraguan, kita fikir dalam banyak-banyak usaha ini adalah salah satu usaha, dengan cara lain pun boleh dapat hidayat, kalau ada perasaan macam ini, tidak ada yakin dalam hati, maka dia tidak akan dapat hidayat. Allah s.w.t telah beritahu dengan sungguh-sungguh, mereka yang bermujahadah/bersusahpayah dengan cara yang Kami kehendaki, pasti dan pasti Kami akan bagi hidayah padanya. Kita kena ada keyakinan 100% bahawa bila buat usaha dengan cara yang dikehendaki oleh Allah s.w.t, dengan cara Nabi s.a.w dan sahabat-sahabat, maka pasti hidayat akan datang. Usaha ini perlu dibangunkan secara ijtimai dalam umat ini barulah hidayat akan datang daripada Allah s.w.t.
Yakin akan datang dalam hati kita hanya dengan perantaraan dakwah. Agama akan datang dalam diri manusia hanya dengan perantaraan yakin. Maulana Ilyas rah. kata inilah jalannya untuk bina yakin, untuk bentuk yakin. Dengan perantaraan dakwah yakin akan dapat diubah, yakin akan dapat dibaiki. Inilah langkah yang pertama dalam usaha kita dan usaha semua nabi-nabi a.s iaitu untuk betulkan yakin. Bagaimana yakin dapat dibetulkan sehingga dalam hati kita tidak ada keyakinan selain daripada Allah s.w.t. Dalam hati ada keyakinan bahawa segala sesuatu hanya berlaku dengan kudrat Allah s.w.t, semua berlaku dengan perintah Allah s.w.t. Setiap perkara yang telah berlaku, akan berlaku, semuanya berlaku kerana perintah Allah s.w.t. Ini perkara yang paling asas. Ini perkara yang paling penting yang mana semua orang Islam kena faham. Kita kena rasa inilah keperluan yang paling penting. Inilah tanggungjawab yang pertama. Inilah tugas pertama kita iaitu untuk betulkan yakin. Yakin yang betul dalam hati dan bulat hanya pada Allah s.w.t.
Maulana Ilyas rah[3]. begitu berhati-hati dalam perkara ini. Satu orang telah berkata ‘secara kebetulan benda ini berlaku’. Maulana Ilyas rah. sangat marah. Macam mana boleh kebetulan berlaku. Ini perkataan orang yang tidak percaya pada tuhan. Dengan kehendak Allah s.w.t semua berlaku. Dengan perintah Allah s.w.t perkara ini telah berlaku. Untuk betulkan yakin kita, pertama sekali kena betulkan percakapan kita, kena betulkan fikir kita. Dalam kehidupan kita 24 jam tidak ada satu perkataan pun yang keluar dari mulut kita yang bertentangan dengan kalimah lailahaillallah. Fikir kita, percakapan kita, pandangan kita, tidak ada sedikit pun yang bertentangan dengan kalimah lailahaillallah. Hari ini, dari pagi sampai petang, siang dan malam, percakapan kita, fikir kita, pendengaran kita, semua bertentangan dengan kalimah lailahaillallah. Dalam keadaan macam ni, bagaimana yakin kita boleh betul?
Pertama sekali kita kena betulkan percakapan kita, fikir kita dan setiap orang Islam kena fikir ini kerja dia dan tanggungjawab dia. Setiap hari pergi jumpa manusia, cakap tentang kebesaran Allah, cakap tentang kehebatan Allah, cakap tentang kalimah lailahaillallah. Hari ini timbul salah faham dalam diri orang Islam sendiri, kita menyangka dakwah iman, dakwah kalimah adalah untuk orang kafir, bukan untuk orang Islam. Kenapa saya perlu dakwah kalimah sedangkan saya sudah Islam? Dalam Quran Allah s.w.t telah terangkan bahawa orang yang paling berhak atas kalimah adalah orang Islam. Tuanpunya kalimah ini ialah orang yang beriman. Dalam Quran, Allah s.w.t telah perintah orang yang beriman supaya berterusan beriman pada Allah s.w.t. ‘Wahai orang-orang yang telah beriman, berimanlah kamu’. Yakni kamu kena usaha atas iman kamu sehingga dapat datang agama yang sempurna dalam kehidupan kamu. Keseluruhan hidup kamu mengikut hukum ahkam Allah s.w.t. Usaha atas iman ini adalah perintah Allah s.w.t.
Nabi s.a.w telah perintahkan para sahabat r.a mentajdidkan iman mereka. Walaupun sahabat mempunyai iman macam gunung, masih lagi nabi s.a.w menyuruh mereka mentajdidkan iman mereka. Usaha atas kalimah adalah keperluan orang Islam, bukan untuk orang kafir. Kena usaha atas iman sehingga dapat hasilkan iman yang mantap, iman yang kuat, iman yang sempurna pada Allah s.w.t sehingga keseluruhan agama dapat datang dalam kehidupan. Seluruh Quran telah datang dalam kehidupan sahabat r.a dengan perantaraan yakin. Sahabat kata, ‘kami belajar iman sebelum kami belajar Quran’. Mereka betulkan yakin mereka, dan keseluruhan Quran telah dapat mereka amalkan dalam kehidupan.
Perkara pertama yang kita dan seluruh umat kena faham bahawa kita perlu usaha atas iman. Inilah tanggungjawab saya, inilah kefarduan atas diri saya. Untuk betulkan iman saya, untuk betulkan yakin saya, saya kena lapangkan masa jumpa manusia untuk cakap tentang kalimah lailahaillallah, cakap tentang mahfum kalimah. Saya kena pergi rumah ke rumah jumpa manusia. Dalam percakapan, dalam muzakarah, dalam perbincangan, 24 jam, saya tidak boleh cakap perkataan yang bertentangan dengan kalimah lailahaillallah. Kita kena cakap tentang kalimah ini lagi dan lagi sebagaimana sahabat-sahabat telah buat. Sahabat telah pegang tangan sahabat yang lain, duduk sama-sama, mereka berbincang tentang iman, tentang kebesaran Allah, tentang kudrat Allah s.w.t. Kita kena rasa ini tanggungjawab kefarduan atas diri saya.
Dalam kalimah ini, pertama sekali kita kena nafi. Kita kena nafikan selain dari Allah, semuanya tak boleh buat apa-apa, yang berkuasa hanya Allah s.w.t. Tujuh petala bumi, tujuh petala langit, dari sebesar makhluk hinggalah sekecil makhluk, semuanya tidak boleh buat apa-apa, tidak ada kuasa untuk bagi menafaat atau mudharat. Yang berkuasa hanya Allah s.w.t. Sebagaimana Nabi Ibrahim a.s telah nafikan segala-galanya, telah nafikan benda-benda yang bergerak, nafikan bintang, nafikan bulan, nafikan matahari, juga nafikan benda yang tidak bergerak, nafikan berhala-berhala. Beliau telah pecahkan berhala-berhala tersebut. Beliau telah nafikan segala-galanya. Beliau telah mentauhidkan Allah s.w.t. Beliau telah hadapkan tawajjuh beliau hanya pada Allah s.w.t. Beliau bukan hanya kata dengan lidah, bahkan beliau telah buktikan dengan amalannya. Pada ketika beliau hendak dicampak ke dalam api oleh Namrud, maka malaikat Jibrail a.s telah bawa malaikat yang jaga air, malaikat yang jaga gunung untuk bantu Ibrahim a.s tetapi pada ketika itu beliau tidak jadikan malaikat-malaikat sebagai perantaraan. Beliau telah berpaling dari malaikat, beliau tidak berhajat pada malaikat. Beliau tidak letak apa pun antara beliau dengan Allah s.w.t. maka bantuan Allah telah datang secara langsung kepada Ibrahim a.s. Tanpa asbab, Allah s.w.t bantu Ibrahim a.s. Allah s.w.t perintah api supaya jadi selamat dan sejahtera untuk Ibrahim a.s.
Inilah perkara yang kita hendak belajar dari kisah Ibrahim a.s bahawa kita tidak boleh letak apa-apa antara kita dengan Allah s.w.t. Keyakinan kita hanya pada Allah s.w.t. Hari ini, secara umumnya di seluruh dunia telah berlaku salah faham yang amat besar dikalangan orang Islam kerana mereka telah letakkan antara mereka dengan Allah s.w.t, asbab-asbab kebendaan dunia. Maulana Yusuf rah.[4] kata syarat pertama untuk seseorang itu ambil faedah daripada kudrat Allah s.w.t, daripada khazanah Allah s.w.t, dia kena buang langsung, tidak ada sedikit pun dalam hati dia keyakinan pada asbab kebendaan. Dia kena bersihkan keyakinan hati dia selain dari Allah s.w.t. Hari ini, orang Islam cuba ambil faedah daripada kudrat Allah s.w.t untuk selesaikan masalah dengan perantaraan benda dunia. Maulana Yusuf rah. kata orang kafir pun buat, orang kafir pun pandai, orang kafir pun tahu iaitu ambil faedah dari khazanah Allah s.w.t melalui benda-benda dunia.
Allah s.w.t pencipta, Allah s.w.t pemberi rezeki tetapi orang kafir letak benda-benda asbab antara mereka dengan Allah s.w.t. Hari ini, orang Islam letak kedai, letak kilang, letak wang ringgit sebagai perantaraan untuk dapat daripada Allah s.w.t. Sebenarnya, untuk dapat secara langsung daripada khazanah Allah s.w.t, adalah dengan perantaraan amal, bukan asbab. Perkataan yang keluar dari mulut orang Islam sendiri yang mengatakan dunia darul asbab, untuk dapat dari Allah s.w.t kena ada asbab. Ini tidak betul. Maulana Yusuf rah. kata syarat untuk dapat faedah/bantuan daripada Allah s.w.t kena buang asbab dari hati. Kena keluarkan keyakinan asbab dari hati.
Ini perkara yang penting yang kita kena usaha, kena sedar, kena faham, kita perlu usaha atas iman agar datang dalam hati keyakinan yang bulat hanya pada Allah s.w.t. Percakapan kita mestilah percakapan yang mengagungkan Allah s.w.t. Percakapan tentang kehebatan Allah s.w.t. Perkara ini sangat penting sehingga baginda Rasulullah s.a.w sendiri, seorang nabi, bila ditanya tentang ashabul kahfi, maka nabi s.a.w telah kata baginda akan bagi jawapan esok. Baginda terlupa hendak kata insya’Allah. Maka 15 hari wahyu tidak turun. Selepas 15 hari baru wahyu turun. Allah s.w.t tegur nabi s.a.w kerana tidak kata insya’Allah, iaitu ‘sekiranya diizinkan oleh Allah, saya akan jawab’. Begitu sekali kita kena jaga percakapan kita. Setiap perkara yang berlaku, akan berlaku, telah berlaku, semuanya dinisbahkan hanya pada Allah s.w.t. Semua berlaku dengan kehendak Allah s.w.t. Inilah usaha yang pertama yang kita kena buat, cakap kebesaran Allah.
Pertama, kita perlu meyakini yang berkuasa hanya Allah s.w.t. Kedua, cara untuk dapat daripada Allah s.w.t hanya dengan cara Nabi, muhammadurrasulullah. Makna beriman pada Rasulullah s.a.w ialah kita meyakini akan segala apa yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w. Nabi s.a.w menyampaikan kepada kita janji-janji Allah, perkara-perkara yang ghaib, tentang syurga, neraka, akhirat. Bila kita meyakini janji-janji Allah s.w.t tersebut, meyakini segala apa yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w, semata-mata percayanya kita pada Nabi s.a.w, itu adalah iman. Tanpa perkara ini, iman kita tidak sempurna. Syarat untuk iman kita diterima oleh Allah s.w.t., syarat untuk kesempurnaan iman ialah kita kena meyakini 100% segala yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w pada kita walaupun kita tidak nampak. Di zaman Nabi, sahabat, orang kafir dan orang musyrik semua dengar perkataan nabi. Sahabat dengar perkataan nabi dengan penuh yakin. Benarlah kata-kata Allah dan Rasul. Orang musyrik dengar tetapi mereka kata, apa yang terjadi semua tipu belaka.
Bila berlaku sesuatu keadaan, orang beriman lihat pada janji Allah akan tetapi orang munafik bila berlaku sesuatu keadaan, mereka lihat pada keadaan tersebut, mereka tidak lihat pada janji Allah. Dalam perang Khandak, bila berlaku tekanan, orang beriman lihat pada janji Allah. Mereka yakin 100% apa yang Allah dan Rasul janji. Orang munafik dalam syak. Mereka tidak yakin bahkan mereka kata ini semua tipudaya belaka. Hari ini pun, orang Islam diseluruh dunia, bila berlaku keadaan, ramai orang Islam yang lemah iman, mereka mula sangsi dan syak pada janji Allah s.w.t. Sebagaimana orang munafik lihat apa yang berlaku pada sahabat dalam perang Khandak, mereka syak dan kata macam-macam, mereka kata janji Nabi s.a.w tidak betul. Orang beriman, apa pun keadaan yang berlaku, yakin dia 100%, tidak ada sedikit pun keraguan atas apa yang Allah dan Rasul telah janjikan. Sahabat-sahabat telah diuji atas keimanan mereka, diuji atas keyakinan mereka pada nabi s.a.w. Ujian yang pelik-pelik.
Satu ketika, Nabi s.a.w telah beli seekor kuda daripada seorang arabi. Akad telah berlaku. Telah berlaku jual beli cuma pada ketika itu Nabi s.a.w tidak bawa duit. Nabi s.a.w ajak arabi itu ikut baginda untuk pergi ambil duit. Dua-dua pihak telah bersetuju. Dalam perjalanan, ada satu orang tawarkan pada arabi itu untuk beli kuda tersebut. Setelah berbincang, arabi itu bersetuju untuk jual kuda pada orang kedua. Dia kata, ‘wahai Muhammad, kamu nak beli kuda ni?’ Nabi s.a.w kata, ‘aku dah beli kuda itu, kita sudah bersetuju’. Arabi tu kata, ‘aku tak jual pun lagi kuda ni pada kamu’. Dia telah nafikan kata-kata Nabi s.a.w. Arabi tu kata, ‘kalau betul kata-kata kamu, bawakan saksi, tiada siapa pun lihat akad jual beli tersebut’. Satu orang sahabat, Huzaimah bin Sabit, lalu di situ dan dia kata aku sedia jadi saksi. ‘Aku bersaksi bahawa baginda s.a.w telah beli kuda kamu’. Rasulullah s.a.w tanya pada Huzaimah, ‘kenapa kamu berani jadi saksi atas perkara yang kamu tidak lihat’. Huzaimah kata, ‘wahai Rasulullah, kamu telah beritahu pasal syurga, neraka, mizan, mahsyar, kubur, kehidupan selepas mati, semua itu kami tidak nampak, tetapi kami yakin 100% apa yang telah nabi kata. Takkanlah perkara yang kecil macam ini kami tidak boleh percaya’. Begitu sekali yakin para sahabat kepada Nabi s.a.w. Sejak dari itu, Nabi s.a.w kata kekuatan saksi Huzaimah sama dengan dua orang.
Inilah usaha yang kita kena buat. Jalan untuk dapat iman, yakin yang sempurna pada Allah dan Rasul. Pertama, hanya Allah yang berkuasa, hanya Allah yang buat segala-galanya. Kedua, caranya ialah cara Rasulullah. Tiada cara lain untuk kita ambil dari Allah hanya dengan cara perantaraan amal Nabi s.a.w. Hari ni, orang-orang Islam telah mengganggap bahawa cara untuk dapat dari khazanah Allah adalah dengan perantaraan asbab, dengan perantaraan makhluk, benda-benda dunia. Mereka jadikan kedai mereka, ladang mereka, sebagai perantaraan untuk dapat dari Allah padahal dalam asbab, dalam benda-benda tidak ada janji Allah. Janji Allah s.w.t semata-mata di dalam amal dengan cara muhammadurrasulullah.
Allah s.w.t telah ciptakan asbab untuk manusia sebagai imtihan, sebagai ujian bagi manusia. Allah s.w.t hendak tengok hamba-hambanya adakah mereka datang kepada Allah dulu atau pergi pada asbab dulu. Allah hendak tengok, bila kita ada masalah atau mengalami sesuatu keadaan maka kita pergi pada Allah dulu, kita tawajjuh pada Allah dan kita guna cara yang Allah telah beri, cara yang mana ada janji Allah dengan perantaraan amal. Dengan perantaraan amal segala masalah kita akan diselesaikan oleh Allah s.w.t. Kalau satu orang telah pergi pada asbab dulu, tidak pergi pada Allah s.w.t terlebih dulu, maknanya dia telah utamakan asbab dan Allah s.w.t tidak akan selesaikan masalah dia.
Hari ini, orang Islam fikir, kita boleh buat asbab cantik-cantik, tanggungjawab untuk usaha atas asbab, yang sempurnakan Allah s.w.t. Usaha atas kedai, usaha atas ladang, usaha atas kilang dan kedepankan pada Allah s.w.t. ‘Aku sudah usaha, Engkau bagilah rezeki’. Itu bukan caranya. Caranya ialah dengan amal, dengan perantaraan solat, perantaraan doa, dengan perantaraan amal kita kedepankan pada Allah s.w.t maka bantuan Allah s.w.t akan datang pada kita. Sebagaimana sahabat-sahabat, bila mereka menghadapi sesuatu keadaan, mereka akan kedepankan amal, mereka dahulukan amal daripada asbab. Hari ini kita buat asbab dahulu, bila asbab tidak berjaya, selepas itu baru minta dengan Allah s.w.t. Sahabat pergi pada Allah s.w.t dahulu. 2 keadaan berlaku samada Allah s.w.t bagi bantuan pada mereka dengan amal mereka tanpa perlu pergi pada asbab iaitu tanpa asbab Allah s.w.t bantu mereka dan kadang-kadang Allah s.w.t bagi bantuan dengan perantaraan asbab. Sahabat buat amal dan juga asbab tetapi mereka dahulukan amal.
Perkara ini kita kena cerita lagi dan lagi. Bantuan ghaib Allah s.w.t pada sahabat dan bantuan ghaib Allah s.w.t pada nabi-nabi dan rasul-rasul. Ini bukan semata-mata sejarah. Hari ini kita baca, kita tulis kisah nabi sebagai satu sejarah sedangkan kisah nabi-nabi, kisah rasul, bantuan ghaib Allah s.w.t pada nabi dan rasul, bantuan ghaib Allah s.w.t pada sahabat, perkara ini dituntut untuk dicerita lagi dan lagi untuk bentuk iman kita. Dalam Quran Allah s.w.t cerita kisah nabi-nabi pada Rasulullah s.a.w. Allah berfirman, ‘Kami ceritakan pada kamu kisah nabi-nabi dahulu yang akan memantapkan hati kamu’. Allah perintahkan nabi s.a.w ceritakan pada sahabat. Perlu dicakap lagi dan lagi dalam dakwah kita supaya timbul dalam hati kita keyakinan pada bantuan Allah.
Hari ini orang kata mereka sahabat, mereka dapat bantuan kerana mereka sahabat nabi, kita bukan sahabat, kita kena guna asbab, kita kena usaha atas asbab. Sahabat dapat bantuan Allah s.w.t kerana amal yang diyakini. Janji bantuan Allah s.w.t terbuka hingga hari kiamat. Bukan khas untuk sahabat-sahabat sahaja. Allah s.w.t berfirman dalam Quran,‘Kami pasti dan pasti akan bantu rasul Kami dan orang-orang yang beriman pada hari akhirat’. Allah s.w.t telah berjanji untuk bantu orang-orang yang beriman. Bantuan Allah s.w.t bukan khusus untuk para sahabat sahaja. Janji Allah s.w.t untuk setiap orang beriman hingga hari kiamat. Jika kita dapat wujudkan amal yang sama yang telah wujud dalam diri sahabat, kita juga akan dapat bantuan secara langsung daripada Allah s.w.t sebagaimana sahabat-sahabat.
Dalam hadith diberitahu, satu orang beriman hari ini sama dengan 10 orang sahabat dan ganjaran untuk satu orang beriman hari ini sama dengan 50 orang sahabat. Sahabat tanya, ‘adakah 50 orang dikalangan mereka?’ Nabi s.a.w jawab, ‘tidak, sama dengan 50 orang dikalangan kamu’.
Satu orang yang terima bantuan ghaib daripada Allah s.w.t di dunia, ini bukanlah maksud. Maksud amal ialah untuk dapat keredhaan Allah s.w.t. Tanda sempurna iman seseorang itu bukanlah sebab dia dapat bantuan ghaib Allah s.w.t. Nabi s.a.w ditanya, ‘apa tanda iman?’. Nabi tidak kata tanda iman ialah bila seseorang itu dapat bantuan ghaib daripada Allah s.w.t. Nabi kata, tanda iman ialah bila buat amal baik kamu rasa gembira, dan bila buat benda yang buruk kamu rasa sedih. Kita kena cerita tentang iman dan cerita tentang tanda-tanda iman.
Satu kumpulan sahabat telah datang jumpa Nabi s.a.w. Mereka kata dalam diri mereka ada 15 sifat. 5 perkara yang kamu perintah kami beriman dengannya. 5 perkara yang kamu perintah kami beramal dengannya. 5 perkara yang telah ada dalam diri kami sejak zaman jahiliyah lagi.
5 perkara yang kamu perintah kami beriman:
§ beriman kepada Allah dan Rasul
§ beriman kepada malaikat
§ beriman kepada kitab-kitab
§ beriman kepada hari akhirat
§ beriman kepada takdir
5 perkara yang kamu perintah kami beramal:
§ kalimah lailahaillallah muhammadurrasulullah
§ solat
§ zakat
§ puasa di bulan Ramadhan
§ haji
5 perkara yang sedia ada dalam diri kami:
§ sabar ketika susah
§ syukur ketika senang
§ redha dengan keputusan Allah
§ berani berhadapan dengan musuh
§ bila musuh ditimpa kesusahan, kami tidak gembira musibah yang menimpa mereka
Nabi s.a.w kata mereka ini adalah orang-orang yang faqih. Faqih ialah orang yang mempunyai kefahaman yang sempurna tentang agama. Nabi s.a.w telah iktiraf mereka sebagai fuqaha, udabaq. Maulana kata, kalau kamu mahir macam mana pun dalam bahasa arab, kamu tidak boleh sampai ke tahap kemahiran Abu Jahal. Nabi s.a.w kata mereka ini faqih, fuqaha, udabaq. Kalau pintu kenabian masih terbuka, mereka ini layak untuk jadi nabi kerana ketinggian sifat yang mereka miliki. Ini sifat-sifat yang patut ada pada setiap orang beriman. Sifat orang beriman, sabar dan syukur. Keseluruhan sifat iman terkumpul dalam 2 perkara ini. Satu orang yang mempunyai sifat sabar dan syukur yang sempurna pada Allah s.w.t maka dia ialah seorang yang mempunyai iman yang sempurna pada Allah s.w.t. Ini tanda iman.
Hari ini kita faham sabar itu ialah bila satu orang dipukul, dia tahan atas pukulan tersebut, maka dia orang yang sabar. Satu orang yang dapat nikmat, dapat kesenangan maka dia kata dia bersyukur pada Allah s.w.t. Kedua-dua ini bukan syukur dan bukan sabar.
Sabar adalah kita menahan diri kita daripada perkara-perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t.
Syukur adalah kita menggunakan diri kita menurut perintah/kehendak Allah s.w.t.
Walaupun tiada makanan untuk dimakan, tiada pakaian untuk dipakai, tiada duit untuk dibelanja, dia boleh jadi satu orang yang bersyukur pada Allah s.w.t apabila dia guna apa yang dia ada ikut kehendak dan perintah Allah s.w.t. Ibadat bukan balasan bagi nikmat. Satu orang yang dapat nikmat, sebagai balasan, dia beribadat pada Allah s.w.t. Ibadat adalah hak Allah s.w.t.
Iman adalah çtaat. Tanda iman dalam diri seseorang ialah dia ada sifat taat pada perintah-perintah Allah s.w.t. Ibadat adalah hak Allah s.w.t. Kalau seseorang itu, seumur hidup dia Allah s.w.t tidak bagi dia sesuap makanan, tidak bagi seteguk air pun, Allah tidak bagi apa-apa nikmat pun pada dia, pun dia tetap kena beribadat pada Allah s.w.t. Nikmat-nikmat dunia bukanlah balasan bagi ibadat kerana dunia ini begitu hina disisi Allah s.w.t. Dunia tidak layak jadi balasan untuk ibadat. Satu orang yang telah mati, minta izin dengan Allah s.w.t untuk kembali ke dunia untuk ucap satu subhanallah. Dia sanggup korbankan harta seluruh dunia untuk kembali dan buat satu amal, pun Allah s.w.t tidak terima. Ini menunjukkan seluruh dunia ini tidak ada nilai dibandingkan dengan satu subhanallah. Kalau seluruh manusia, semua taat perintah Allah s.w.t, beriman pada Allah s.w.t, beribadat pada Allah s.w.t dan Allah s.w.t tidak bagi apa-apa balasan di dunia, itu pun hak Allah s.w.t. Kalau seluruh manusia beribadat dan Allah s.w.t masukkan semua ke dalam neraka, itu pun hak Allah s.w.t. Tiada siapa pun ada hak untuk tanya Allah s.w.t, ‘kenapa?’ Ibadat adalah semata-mata hak mutlak Allah s.w.t dan setiap hamba Allah kena beribadat pada Allah s.w.t.
Apa yang kita faham ialah bila kita ditimpa musibah kita hendaklah bersabar, nanti bantuan Allah s.w.t akan datang. Bantuan Allah s.w.t tidak akan datang, keadaan tidak akan berubah melainkan dalam diri kita ada sabar dan taqwa. Kedua-dua sifat kena ada serentak. Kalau cuma hanya ada sabar, taqwa tidak ada, maka musibah yang datang disebabkan dosa-dosa yang kita telah lakukan, kesusahan tersebut tidak akan terangkat semata-mata hanya dengan bersabar. Sabar kena datang dengan taqwa. Dalam Quran, Allah sebut sabar dan taqwa sekali. Kedua-dua sifat kena ada dalam diri, barulah bantuan Allah s.w.t akan datang dan Allah s.w.t akan ubah keadaan.
Maulana Yusuf rah. bagi misal, satu orang sabar tanpa taqwa, seperti seorang pencuri kena tangkap. Polis pukul dia. Dia doa azab untuk polis. Azab Allah s.w.t tidak akan turun pada polis itu. Kenapa? Kerana pencuri tidak ada taqwa. Dia cuma sabar sahaja. Allah s.w.t tidak terima doa buruk dia pada polis. Untuk dapat bantuan Allah s.w.t, untuk Allah s.w.t ubah keadaan yang menimpa orang Islam kena ada sifat sabar dan taqwa.
Dalam Quran, Allah s.w.t cerita kisah Nabi Yusuf a.s. Seluruh kisah Nabi Yusuf a.s berkisar pada kedua-dua sifat sabar dan taqwa. Allah s.w.t telah ubah keadaan beliau dan keluarkan beliau dari segala masalah. Begitu juga dengan bani Israil dan Nabi Musa a.s. Allah s.w.t telah keluarkan Nabi Musa a.s dan bani Israil dari cengkaman Firaun dan Allah s.w.t binasakan Firaun. Orang Islam doa laknat/keburukan banyak manapun atas musuh, Allah s.w.t tidak akan ubah keadaan, bantuan Allah s.w.t tidak akan datang, musibah tidak akan hilang selagi sabar dan taqwa tidak ada dalam diri.
Orang Islam amalkan agama tetapi masih gagal. 2 sebab kegagalan. Pertama, kerana orang Islam tidak ada keyakinan bahawa kejayaan dalam agama. Kedua, kerana mengganggap setakat beberapa amal yang dia telah lakukan itu adalah agama. Agama adalah himpunan keseluruhan amal. Ibadat adalah satu himpunan hukum-hukum Allah s.w.t. Mentaati segala hukum-hukum tersebut dipanggil ibadat. Maulana Zakaria rah.[5] kata ibadat ada 10 perkara. Solat, puasa, zakat, haji, zikir, tilawah, tijarah, dakwah, ihtimam (ambil berat) akan sunnah dan tunaikan hak-hak jiran. Satu orang yang hendak dapat kejayaan kena amalkan agama yang sempurna dalam kehidupan. Dari segi dunia, bila asbab tidak sempurna maka tidak akan memberikan hasil seperti yang dikehendaki. Sedangkan ianya tidak ada janji Allah s.w.t. Kalau lengkap pun masih tidak ada janji Allah s.w.t.
Adakah dengan agama yang tidak sempurna kita boleh dapat kejayaan? Untuk dapat kejayaan dari Allah s.w.t, pertama kena ada yakin bahawa dengan agama kita akan dapat kejayaan. Kedua, kita kena amalkan agama yang sempurna dalam kehidupan. Oleh itu, usaha dakwah yang kita buat hari ini adalah dakwah kepada agama yang sempurna. ‘Deen yang kamil’, dengan membawa agama yang sempurna dalam kehidupan.
Usaha kita bukan cakap sahaja. Bahkan kita kena tunjukkan, musyahadahkan agama yang sempurna dalam diri kepada manusia. Ini yang berlaku pada sahabat-sahabat. Sahabat pergi ke seluruh dunia, mereka bawa agama yang sempurna secara amali dalam kehidupan mereka. Seorang sahabat sudah cukup untuk hidayat satu negara. Hari ini, banyak jemaah bergerak ke seluruh dunia tetapi masih belum cukup untuk hidayat seluruh dunia. Kenapa? Kita kena bergerak dengan membawa agama yang sempurna dalam diri. Bukan hanya cakap tentang iman, bukan hanya dakwah dengan percakapan, bahkan kita juga kena dakwah dengan amalan. Sahabat-sahabat bergerak dengan membawa agama yang sempurna dalam kehidupan dan jadi asbab hidayat untuk seluruh dunia. Kita kena buat usaha dengan penuh yakin, tarbiyah/taskiah (bersih) untuk diri dan hidayat untuk seluruh alam. Hidayat seluruh alam adalah pasti bila buat usaha yang telah dibuat oleh Nabi s.a.w dan para sahabat. Dengan usaha dakwah, Allah s.w.t akan ubah yakin dan keadaan.
Allah s.w.t telah jelaskan dalam Quran pasal satu kaum yang mana Allah s.w.t telah buat keputusan untuk dibinasakan sebab maksiat yang mereka telah buat. Satu golongan cuba untuk nasihatkan mereka supaya mereka berhenti daripada maksiat. Satu golongan orang-orang soleh yang tidak buat maksiat telah tegur orang yang cuba hendak ubah tadi. Apa faedah yang kamu dapat bila bagi nasihat pada mereka sedangkan Allah s.w.t telah buat keputusan untuk binasakan mereka. Golongan yang buat usaha tadi jawab, pertama, supaya kami tunaikan tanggungjawab kami pada Allah. Kedua, moga-moga mereka akan bertaqwa dan tinggalkan maksiat tersebut. Kaum yang Allah telah buat keputusan pun diharap mereka boleh berubah apabila mereka didakwahkan. Kita kena yakin dengan perantaraan dakwah Allah akan ubah yakin dan ubah keadaan. Kaum yang telah diberi peringatan, mereka masih dalam maksiat, Kami telah selamatkan mereka-mereka yang telah beri peringatan tadi.
Satu orang yang buat dakwah dengan yakin, pasti dia akan selamat dari azab Allah. Kalau tidak, bila Allah s.w.t turunkan azab, semua akan kena, orang soleh yang tidak buat maksiat pun akan ditimpa azab. Hanya mereka yang telah berusaha bersungguh-sungguh dengan sedaya upaya mereka untuk ubah keadaan tadi, mereka akan diselamatkan oleh Allah s.w.t. dalam hadith, ibarat macam dalam kapal. Satu orang tebok lubang. Yang akan binasa/lemas, bukan orang yang tebok sahaja, bahkan seluruh penghuni kapal akan tenggelam. Ahli ibadat, ahli zikir, orang soleh, orang maksiat, semua sekali akan tenggelam bersama dengan orang yang tebok kapal tadi. Kecuali orang yang larang. Orang yang telah berusaha untuk menegah daripada tebok lubang.
Masalah di depan kita bukan hanya masalah diri kita sahaja. Masalah hari ini adalah masalah seluruh alam, seluruh manusia. Kita dipertanggungjawabkan untuk seluruh manusia di seluruh dunia. Allah s.w.t akan ambil kerja dari mereka yang dalam hati dia ada fikir bagaimana agama yang sempurna dapat datang dalam diri saya dan diri seluruh umat di seluruh alam. Bagaimana agama dapat diamalkan 100% di seluruh dunia. Ini tanggungjawab kita. Satu orang yang buat maksiat, kalau kita tidak usaha atas dia, maka dia akan jadi asbab turunnya azab Allah dan semua akan binasa.
Kita kena yakin dengan usaha Nabi s.a.w yang akan dapat hidayat dari Allah s.w.t. Nabi s.a.w berada di jalan yang lurus dan Nabi s.a.w bawa manusia ke jalan yang lurus. Satu orang yang berada di jalan yang lurus maka dia akan dapat Allah. Satu orang sahabat telah dakwah kaum dia dari pagi hingga petang, seluruh kaum dia telah masuk Islam. Bila orang kafir didakwahkan dan kesannya ialah masuk Islam, apatah lagi orang Islam sendiri yang didakwahkan kepada Islam. Baginda s.a.w telah jadikan setiap orang sahabat sebagai da’i. Jin-jin juga telah beriman kepada nabi s.a.w dan mereka juga dijadikan da’i. Allah s.w.t telah utuskan Nabi s.a.w untuk manusia dan jin. Satu kumpulan jin telah dengar bacaan Quran Nabi s.a.w. Mereka telah beriman pada Nabi s.a.w dan kembali kepada kaum mereka dan dakwah kaum mereka masuk Islam. ‘Sahutlah seruan nabi yang telah dihantar oleh Allah s.w.t’. Jin-jin juga telah buat kerja dakwah.
Setiap sahabat adalah da’i, tidak kira dari golongan mana, kabilah mana, kulit putih, kulit hitam, negara mana, tidak kira siapa sahaja tanpa pengecualian, setiap orang adalah da’i. Secara ummumi setiap orang terlibat dalam dakwah. Kerja dakwah bukan untuk orang tertentu sahaja. Kerja dakwah adalah kerja setiap umat nabi s.a.w. Setiap orang yang beriman kepada Nabi s.a.w bertanggungjawab untuk buat kerja dakwah. Inilah kerja umat nabi s.a.w. Setiap lapisan umat perlu dibangunkan atas kerja dakwah. Bila tidak ada ummumiat dalam usaha dakwah, telah menjadi sebab utama terjadi kemurtadan dalam umat ini.
Bila usaha dakwah dibuat secara ummumiat maka pintu untuk orang masuk Islam akan terbuka luas dan pintu untuk orang Islam keluar dari Islam akan tertutup rapat. Bila kerja dakwah tidak dibuat, pintu untuk orang masuk Islam telah ditutup dan pintu untuk orang Islam keluar dari Islam telah dibuka. Maulana pesan baca kitab hayatus sahabah. Jadikan kitab ini sentiasa kita mentelaah khususnya untuk orang yang buat usaha ini. Apakah bentuk/cara usaha yang sahabat-sahabat telah buat dan umat nabi kena ikut. Bila baca kitab hayatus sahabah akan terbentuk mizaj seorang da’i. Fikir, sifat, tabiat sebagai seorang da’i.
Dalam hayatus sahabah ada satu kisah bagaimana Ikrimah bin Abu Jahal. Ikrimah ialah anak kepada Abu Jahal. Abu Jahal musuh Islam yang besar. Anaknya telah masuk Islam dan menjadi pejuang Islam dan telah korbankan nyawa untuk Islam. Macam mana perkara ini boleh berlaku? Bila Nabi s.a.w dapat tawan kota Mekah, Ikrimah telah lari keluar dari Mekah. Dia telah naik sampan menuju ke arah Yaman. Ditengah laut, datang ribut taufan. Sampan hendak tenggelam. Dia kata pada pembawa sampan, apakah cara untuk selamat? Pembawa sampan tadi tidak tanya kamu pandai berenang atau tidak. Dia kata kalau nak selamat kamu kena ucap kalimah ikhlas. Dakwah telah jadi ummumiat di zaman nabi s.a.w. Pembawa sampan pun buat dakwah. Dalam keadaan genting macam itu pun dia buat dakwah. Ikrimah tanya apa itu kalimah ikhlas? Dia jawab, lailahaillallah. Ikrimah kata kerana hendak lari dari kalimah itulah aku datang sini. Aku hendak lari ke Yaman sebab aku hendak lari dari Nabi s.a.w. Ditepi pantai, isteri dia bagi isyarat supaya dia balik. Kisah yang panjang, akhirnya Ikrimah telah masuk Islam. Bila dakwah telah dijalankan secara umum, orang yang hendak lari dari Islam, jalan telah ditutup, dia terpaksa masuk Islam. Hari ini dakwah tidak dijalankan secara umum. Kita anggap kerja dakwah ini kerja golongan orang tertentu sahaja. Bila hilang ummumiat dalam usaha dakwah, pintu kemurtadan telah terbuka luas. Kita kena usahakan setiap umat atas kerja dakwah.
Kita mengganggap usaha yang dibuat sekarang ini berlainan dengan usaha yang dibuat oleh sahabat. Maulana Yusuf rah. berkali-kali kata inilah usaha yang sahabat telah buat. Usaha yang sama, kerja yang sama. Selagi kita tidak yakin ini adalah usaha yang telah dibuat oleh sahabat-sahabat, selagi itulah Allah s.w.t tidak akan datangkan kesan sebagaimana kesan yang Allah s.w.t telah datangkan pada sahabat. Bantuan, ganjaran, nusrah[6], pahala, fadhilat, kelebihan yang sahabat dapat, kita tidak akan dapat selagi mana kita anggap usaha yang kita buat tidak sama sebagaimana usaha yang sahabat telah buat. Kita kena letakkan kelebihan/ganjaran yang Allah s.w.t telah janji di depan kita. Maulana kata kita kena selalu baca kitab hayatus sahabah. Kita buat usaha dengan yakin pada janji-janji tersebut. Kalau tidak, usaha yang kita buat akan jadi macam satu gerakan, satu persatuan sahaja yang tidak datangkan perubahan pada umat, tidak akan datangkan apa-apa kesan. Kita kena buat usaha dengan penuh yakin. Inilah kerja yang telah dibuat oleh para sahabat r.a. Segala bantuan yang sahabat dapat, kita pun akan dapat bila kita buat usaha ini.
Matlamat usaha ini bukan untuk bawa umat kepada amal infradi, ibadat tetapi untuk bawa umat kepada kerja Nabi s.a.w. Satu pagi atau satu petang di jalan Allah s.w.t lebih baik daripada dunia dan seisinya. Satu pagi di jalan Allah s.w.t, akan mendahului selama 500 tahun. Bila-bila masa sahaja, bila Nabi s.a.w nampak sahabat bagi tumpuan pada amal infradi yang menyebabkan dia menangguh untuk keluar di jalan Allah, Nabi s.a.w akan terus menerangkan pada sahabat tentang kelebihan keluar di jalan Allah s.w.t yang mengatasi amal infradi. Abdullah Rahawa r.a telah diputuskan untuk keluar di jalan Allah bersama dengan jemaah. Jemaah telah keluar awal pagi, dia telah tangguh keluar kerana hendak kelebihan solat Jumaat di belakang Nabi s.a.w. Dia fikir dia ada kuda yang pantas dan boleh kejar jemaah. Selepas solat Jumaat, Nabi s.a.w dapati Abdullah Rahawa r.a masih ada. Nabi s.a.w panggil dia. ‘Kenapa tidak keluar lagi?’ Abdullah Rahawa r.a tangguh keluar di jalan Allah bukan sebab kerja dunia. Dia lewat keluar di jalan Allah sebab agama, sebab hendak solat Jumaat dibelakang Nabi s.a.w. Nabi s.a.w tanya, ‘berapa lama kamu lewat?’ Dia jawab, ‘satu pagi’. Nabi s.a.w kata, ‘kamu tahu tak banyak mana mereka telah mendahului kamu?’ Dari segi masa, mereka telah mendahului kamu selama 500 tahun dan dari segi jarak, mereka telah mendahului kamu sejauh maghrib dan masyrik (timur dan barat).
Maulana tidak faham, hari ini bila kita dengar hadith kelebihan keluar di jalan Allah, kita anggap kelebihan ini untuk satu perkara yang khusus, berperang. Berperang bukan maksud kerana tidak ada mana-mana nabi diutuskan oleh Allah s.w.t untuk binasakan manusia. Nabi-nabi dihantar oleh Allah s.w.t untuk jadi asbab hidayat. Nabi pesan, dakwah dahulu selama 3 hari, bila mereka masuk Islam itu lebih baik untuk kamu dari unta-unta merah. Bila satu orang masuk Islam, sahabat akan takbir dengan kuat sekali mengatasi kegembiraan mereka dapat menawan satu negara. Maksud berjihad bukan untuk berperang tetapi atas maksud kerja dakwah untuk mengajak manusia pada Allah s.w.t.
Hari ini orang anggap kerja dakwah ini adalah salah satu daripada amal-amal baik. Pemahaman ini Nabi s.a.w telah hapuskan. Nabi s.a.w kata pada Abdullah Rahawa r.a, kalau kamu infakkan harta seluruh dunia pun kamu tidak dapat mengejar mereka. Kerja dakwah ini mengatasi segala kerja-kerja amal yang lain. Kita kena ada yakin bahawa kita akan dapat ganjaran dan kelebihan yang sama sebagaimana sahabat-sahabat telah dapat. Kalau tidak ada yakin, kita tidak akan dapat kesan yang sama.
Tuan-tuan fikir, apa yang tuan-tuan patut buat, bangun dan bagi nama untuk keluar dijalan Allah, 4 bulan dan untuk ulamak 1 tahun.
Nota kaki;
[1] bersendirian
[2] berjemaah (beramai-ramai)
[3] Maulana Muhammad Ilyas lahir pada tahun 1303 H bersamaan dengan 1886 Masehi di desa Kandahlah di kawasan Muzhafar Nagar, Uttar Pradesh, India. Ayahnya bernama Maulana Ismail manakala ibunya bernama Shafiyah Al-Hafidzah. Keluarga beliau terkenal sebagai gudang ilmu agama dan memiliki sifat wara’. Adik-beradiknya yang lain ialah Maulana Muhammad dan Maulana Muhammad Yahya. Maulana Muhammad Ilyas adalah anak ketiga dari tiga bersaudara ini. Maulana Muhammad Ilyas pada peringkat awak belajar agama pada abangnya Maulana Muhammad Yahya. Abangnya merupakan seorang guru agama madrasah di kota kelahirannya. Ayahandanya, Maulana Muhammad Ismail adalah seorang ulama besar yang suka menjalani hidup dengan ber’uzhlah, berkhalwat dan beribadah, membaca Al-Qur’an dan melayani para musafir yang datang dan pergi serta mengajarkan Al-Qur’an dan ilmu-ilmu agama. Beliau selalu mengamalkan do’a ma’tsur dari hadith untuk waktu dan keadaan yang berlainan. Beliau sangat menyukai kedamaian dan keselamatan serta bergaul dengan manusia dengan penuh kasih sayang dan kelembutan. Beliau menjadi tumpuan dan diberi kepercayaan oleh para ulama untuk membimbing dan menyatukan kaum muslimin jika berlaku perselisihan di antara mereka. Ibunda Maulana Muhammad Ilyas iaitu Shafiyah Al-Hafidzah adalah seoarang Hafidzah Al-Qur’an. Diriwayatkan bahawa beliau selalu mengkhatamkan Al-Qur’an bahkan sambil bekerjapun mulutnya senantiasa bergerak membaca ayat-ayat Al-Qur’an yang telahpun ia hafal. Maulana Muhammad Ilyas turut menghafal Al-Qur’an kerana telah menjadi kebiasaan bagi ahli keluarga Maulana Muhammad Ismail menghafadz Al-Qur’an. Sehingga diriwayatkan bahawa dalam solat berjama’ah, separuh saf bahagian hadapan, semuanya terdiri dari para hafidz belaka. Sejak kecil telah tampak ruh dan semangat agama dalam diri Maulana Muhammad Ilyas. Beliau sentiasa menyatakan kerisauan terhadap umat, agama dan dakwah. ‘Allamah Asy-Syaikh Mahmud Hasan yang dikenal sebagai Syaikhul Hind (guru besar ilmu hadith di madrasah Darul ‘Ulum Deoband) mengatakan, “Sesungguhnya apabila aku melihat Maulana Ilyas, aku teringat akan kisah perjuangan para sahabat”. Pada suatu ketika, abangnya Maulana Muhammad Yahya pergi belajar kepada seorang ‘alim besar,Syeikh Rasyid Ahmad Al-Gangohi, di desa Gangoh, kawasan Saranpur, Utar Pradesh, India. Dengan bimbingan Syeikh Rasyid, Maulana Muhammad Yahya belajar membersihkan diri dan menyerap ilmu yang didalaminya. Hal ini mula membuatkan Maulana Muhammad Ilyas tertarik untuk belajar dengan Syeikh Rasyid. Akhirnya Maulana Ilyas memutuskan untuk menyertai abangnya belajar agama di Gangoh. Akan tetapi selama tinggal dan belajar di sana, Maulana Ilyas selalu menderita sakit. Sakit ini ditanggungnya selama bertahun-tahun lamanya. Tabib Ustadz Mahmud Ahmad yakni putera Syaikh Gangohi sendiri telah merawat beliau.Sakit yang dideritanya menyebabkan kegiatan belajarnya menurun, akan tetapi beliau tidak berputus asa. Ramai yang menyarankan agar beliau berhenti belajar untuk sementara waktu tetapi beliau menjawab, “apa gunanya aku hidup jika dalam kebodohan”.
Dengan izin Allah SWT, Maulana berjaya menyelesaikan pelajaran Hadith Syarif, Jami’at Tirmidzi dan Shahih Bukhari dan dalam jangka masa empat bulan beliau berhasil menyelesaikan Kutubus Sittah. Tubuhnya yang kurus dan sering sakit-sakit tidak langsung melemahkan semangat beliau sebaliknya semakin membuatkan beliau bersemangat dalam menuntut ilmu bahkan kerisauannya juga bertambah besar terhadap keadaan umat yang jauh dari Syari’at Islam. Ketika Syeikh Gangohi wafat pada tahun 1323 H, beliau baru berumur dua puluh lima tahun. Kewafatan Syeikh Gangohi benar-benar amat dirasainya. Peristiwa ini menjadikan dirinya semakin taat beribadah pada Allah. Beliau menjadi pendiam dan hanya mengerjakan ibadah, dzikir, dan banyak mengerjakan amal-amal infiradi.Maulana Muhammad Ilyas kemudiannya berkenalan dengan Syeikh Khalid Ahmad As-Sharanpuri penulis kitab Bajhul Majhud Fi Hilli Alfazhi Abi Dawud dan akhirnya beliau berguru kepadanya. Semakin bertambah ilmu yang dimiliki membuatkan beliau semakin tawaddu’. Ketawaddu’an beliau di usia mudanya menyebabkan beliau dihormati di kalangan para Ulama dan Masyaikh. Maulana Muhammad Yahya, abang kandung beliau sendiri tidak pernah memperlakukan seperti anak kecil, bahkan sangat menghormati beliau. Pada suatu ketika di Kandahlah, diadakan satu pertemuan yang dihadiri oleh ulama-ulama besar, di antaranya terdapat nama Syeikh Abdurrahman Ar-Raipuri, Syeikh Khalil Ahmad As-Sharanpuri dan Syeikh Asyraf Ali At-Tanwi. Ketika masuk waktu solat Asar, mereka meminta Maulana Ilyas untuk mengimami solat tersebut. Ustadz Badrul Hasan salah seorang di antara keluarga besar tersebut berkata, “alangkah panjang dan beratnya kereta api ini tetap alangkah ringan lokomotifnya”, kemudian salah seorang diantara hadirin menjawab,” tetapi lokomotif yang kuat itu justeru kerana ringannya”. Setelah abangnya Maulana Muhammad Yahya wafat pada 9 Ogos 1925, Maulana Muhammad Ilyas berasa kehilangan yang amat sangat. Dua tahun setelah itu, menyusul pula abangnya yang paling tua, Maulana Muhammad. Beliau meninggal di Masjid Nawab Wali, Qassab Pura dan dimakamkan di Nizamuddin. Kematian Maulana Muhammad ini mendapat perhatian dari masyarakat sekitarnya. Beribu orang menziarahi jenazahnya. Setelah dimakam, orang ramai meminta Maulana Ilyas untuk menggantikan abangnya di Nizamuddin padahal pada waktu itu beliau menjadi salah seorang pengajar di Madrasah Mazhahirul ‘Ulum. Masyarakat memujuk beliau bahkan menjanjikan dana bulanan kepada madrasah yang bakal dibangunkannya kembali. Pada akhirnya, setelah mendapat izin dari Maulana Khalil Ahmad dengan pertimbangan jika tinggalnya di Nizamuddin akan membawa manfaat maka Maulana Ilyas pun diberi izin untuk berhenti mengajar. Beliau akhirnya pergi ke Nizamuddin, ke madrasah warisan ayahnya yang kosong akibat lama tidak dihuni. Dengan semangat mengajar yang tinggi beliau akhirnya membuka kembali madrasah tersebut. Karena semangat yang tinggi untuk memajukan agama, beliaupun mendirikan sebuah maktab di Mewat. Namun disebabkan latar belakang penduduk disitu yang rata-ratanya petani, maka masyarakatnya lebih menyukai anak-anak mereka pergi ke kebun atau ke sawah daripada ke Madrasah atau Maktab untuk belajar agama, membaca atau menulis. Bagi mengatasi masalah itu, Maulana Ilyas meminta orang Mewat menghantarkan anak-anak mereka untuk datang belajar dengan pembiayaan ditanggung oleh Maulana sendiri. Melihat keadaan Mewat yang sangat jahil itu semakin menambah kerisauan beliau akan keadaan umat Islam terutama masyarakat Mewat itu sendiri. Kunjungan-kunjungan diadakan bahkan madrasah-madrasah juga banyak didirikan tetapi ia tetap belum membuka kejahilan masyarakat Mewat. Dengan izin Allah timbullah keinginannya untuk mengirimkan jama’ah dakwah ke Mewat. Pada tahun 1351 H/1931 M, Maulana Muhammad Ilyas menunaikan haji yang ketiga ke tanah suci Makkah. Pada masa yang sama, beliau menemui tokoh-tokoh India yang ada di tanah Arab untuk berbincang tentang usaha dakwah dan adalah menjadi harapan beliau agar usaha ini dapat terus dijalankan di tanah Arab. Keinginannya yang besar menyebabkan beliau pergi menemui Sultan Ibnu Sa’ud yang menjadi raja tanah Arab bagi mengenalkan usaha mulia yang dibawanya. Selama beliau berada di tanah Makkah, Jama’ah bergerak setiap hari bermula dari pagi sampai ke petang. Usaha dakwah dilakukan untuk mengajak orang taat kepada perintah Allah dan menegakkan kerja-kerja dakwah. Setelah pulang dari haji tersebut, Maulana mengadakan dua kunjungan ke Mewat, masing-masing disertai Jama’ah dengan jumlah yang cukup besar, paling sedikit seratus orang. Kunjungan pertama dilakukan selama satu bulan dan kunjungan kedua dilakukan hanya beberapa hari saja. Dalam kunjungan tersebut beliau membentuk jama’ah-jama’ah yang dikirim ke kampung-kampung untuk berjaulah (berkeliling dari rumah ke rumah) bagi menyampaikan pentingnya agama. Beliau amat yakin bahawa kebodohan, kelalaian serta hilangnya semangat agama dan jiwa keislaman itulah yang menjadi sumber kerosakan masyarakat selama ini. Adapun satu-satu jalan untuk memperbaiki kerosakan itu adalah dengan mengajak orang-orang Mewat agar keluar dari kampung halamannya untuk memperbaiki diri dan belajar agama, serta menerap amalan-amalan yang baik sehingga tumbuh kesedarannya untuk mencintai agama lebih daripada dunia dan mementingkan amal dari mal (harta).
Dari Mewat inilah secara beransur-ansur usaha tabligh meluas hinggalah ke Delhi, Punjab, Khurja, Aligarh, Agra, Bulandshar, Meerut, Panipat, Sonepat, Karnal, Rohtak dan daerah lainnya. Perkembangan jama’ah ini semakin hari semakin berkembang. Gerakan jama’ah tidak hanya tersebar di India tetapi sedikit demi sedikit mula menyebar ke negara lain. Hanya kekuasaan Allah yang dapat memakmurkan dan membesarkan usaha ini. Kerisauan akan keadaan umat semakin bertambah, jama’ah-jama’ah banyak dibentuk dan dikirim ke pelosok jazirah. Sehingga dengan izin Allah usaha ini pun semakin meluas. Maulana Muhammad Ilyas dengan gigih terus memberi dorongan dan arahan ilmu dan pemikirannya untuk menjalankan usaha dakwah ini agar sampai ke seluruh alam. Dalam keadaan dirinya yang semakin dimamah usia, Maulana terus bersemangat hingga tubuhnya yang kurus tidak mampu lagi untuk digerakkan ketika beliau menderita sakit. Pada hari terakhir dalam sejarah hidupnya Maulana mengirim utusan kepada Syaikhul Hadith Maulana Zakariya, Maulana Abdul Qodir Raipuri, dan Maulana Zafar Ahmad, bahawa beliau akan mengamanahkan kepercayaan sebagai amir jama’ah kepada sahabat-sahabatnya seperti Hafidz Maqbul Hasan, Qozi Dawud, Mulvi Ihtisamul Hasan, Mulvi Muhammad Yusuf, Mulvi Inamul Hasan dan Mulvi Sayyid Raza Hasan. Pada saat itu terpilihlah Mulvi Muhammad Yusuf sebagai pengganti Maulana Muhammad Ilyas dalam memimpin usaha dakwah dan tabligh. Pada sekitar bulan Julai 1944, beliau mengalami sakit yang berat. Tubuhnya hanya mampu berbaring di tempat tidur dengan ditemani para pembantu dan muridnya. Keadaan tubuhnya yang sangat lemah itu merupakan bukti nyata betapa beliau bersungguh-sungguh menghabiskan waktu berdakwah Khuruj Fi Sabilillah mengembara dari satu tempat ke tempat lain bersama dengan Jama’ah untuk mendakwahkan kebesaran Allah dan kalimat Laa Ilaaha Illallah Muhammad Rasulullah. Pada tanggal 13 Julai 1944, Maulana telah bersiap-siap untuk menempuh perjalanannya yang terakhir. Beliau bertanya kepada salah seorang yang hadir, “apakah besok hari Khamis?” Semua yang berada di sekelilingnya menjawab,”benar”. Kemudian beliau berkata lagi, “periksalah pakaianku, apakah ada najisnya atau tidak”, Semua yang berada disekelilingnya berkata bahwa pakaian yang dikenakannya masih dalam keadaan suci. Kemudian beliau turun dari perbaringannya, berwuduk dan mengerjakan solat Isya’ dengan berjama’ah. Beliau berpesan kepada orang-orang agar memperbanyak dzikir dan do’a pada malam itu. Beliau berkata,”yang ada di sekelilingku ini pada hari ini hendaklah menjadi orang-orang yang dapat membezakan antara perbuatan syaitan dan perbuatan malaikat Allah”. Pada tengah malamnya,beliau pengsan. Doktor segera dipanggil dan ubat pun segera diberikan.Kata-kata Allahu Akbar terus keluar dari mulutnya ketika malam sehinggalah menjelang pagi. Beliau mencari putera-puteranyanya Maulana Muhammad Yusuf dan Maulana Ikromul Hasan. Ketika dipertemukan dengan putera-puteranya beliau berkata,” Kemarilah kalian, aku ingin memeluk, tidak ada lagi waktu setelah ini, sesungguhnya aku akan pergi”. Akhirnya Maulana menghembuskan nafas terakhirnya, beliau pulang ke rahmatullah sebelum adzan Shubuh.
[4] Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi lahir pada 25 Jumada Awwal, 1335 H, bersamaan dengan 20 Mac 1917 di Kandahlah, India. Bapanya ialah Maulana Muhammad Ilyas Al-Kandahlawi yang memainkan peranan penting dalam menghapus semua penyimpangan dan kejahilan masyarakat dan kembali kepada agama Islam yang murni.
Silsilah keturunan dari jalur Ayahandanya:
Maulana Muhammad Yusuf bin Maulana Muhammad Ilyas bin Maulana Muhammad Ismail bin Syaikh Ghulam Hussein bin Hakim Karim Baksh bin Hakim Ghulam Mohiuddin bin Maulana Muhammad Sajid bin Maulana Muhammad Faiz bin Maulana Hakim Muhammad Syarif bin Maulana Hakim Muhammad Asyraf bin Syaikh Jamal Muhammad Syah bin Syaikh Nur Muhammad bin Syaikh Bahauddin Syah bin Maulana Syaikh Muhammad bin Syaikh Muhammad Fadhil bin Syaikh Qutb Syah.
Silsilah keturunan dari jalur bondanya:
Ibunya binti Maulvi Rauful Hasan bin Maulana Zia-ul-Hasan bin Maulana Nurul Hasan bin Maulana Abul Hasan bin Mufti Ilahi Baksh bin Maulana Syaikhul Islam bin Hakim Qutbuddin bin Hakim Abdul Qadir bin Maulana Hakim Muhammad Syarif bin Maulana Hakim Muhammad Asyraf bin Syaikh Jamal Muhammad Syah bin Syaikh Nur Muhammad bin Syaikh Bahauddin Syah bin Maulana Syaikh Muhammad bin Syaikh Muhammad Fadhil bin Syaikh Qutb Syah.
Jalur silsilah keturunan ayahanda dan bondanya bertemu pada moyangnya Hakim Muhammad Syarif. Lalu jalur silsilah keluarga keturunan mereka sampai ke Amirul Mukminin Hazrat Abu Bakar Siddiq RA. Kedua-dua keluarga besar ini tinggal di desa Kandalah dan Jinhjana. Mereka terkenal dengan kewarakan, keilmuan dan kesalehan.
[5] Maulana Zakaria Al-Kandahlawi dilahirkan pada 10 Ramadhan 1315H, bertepatan dengan 12 Februari 1898, di sebuah desa bernama Kandalah di wilayah Uttar Pradesh, India. Silsilah keluarga beliau bersambung sampai kepada sahabat besar Nabi, Abu Bakar As-Siddiq r.a. Di peringkat awal, Maulana Zakaria menadah kitab kepada Hakim Abdur Rahman, kemudian menghafal Al-Quran di bawah ayahandanya Maulana Muhammad Yahya, ulama besar yang sangat terkenal di India. Setelah itu, beliau belajar bahasa Parsi dan bahasa Arab kepada bapa saudaranya, Maulana Muhammad Ilyas, pelopor gerakan Tabligh. Pada usia 12 tahun, Maulana Zakaria dibawa oleh ayahandanya ke Madrasah Mazahirul Ulum. Di bawah bimbingan ayahandanya, beliau mempelajari bahasa Arab tingkatan lanjutan, teks-teks klasik, nahwu, saraf dan ilmu mantiq. Ketika usianya memasuki 17 tahun, minat utamanya mula terfokus pada bidang kajian ilmu hadith. Beliau mempelajari 5 dari 6 kutubussittah. Beliau pernah belajar kitab Sahih Bukhari dan Sunan at-Tirmizi kepada Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri. Sepanjang mempelajari kitab-kitab tersebut, Maulana Zakaria sangat menjaga wudhuknya. Maulana Zakaria mula mengajar pada tahun 1335H. Pada peringkat awal, beliau mengajar mata pelajaran nahwu, saraf dan sastera. Pada tahun 1341H, beliau mengajar tiga bahagian dari kitab Sahih Bukhari dan pada tahun 1344H, beliau mengajar satu kitab tambahan iaitu kitab Mishkat al-Masabih.
Pada tahun 1345H, beliau berkesempatan mengunjungi tanah suci. Di Madinah beliau tinggal selama 1 tahun dan mengajar kitab Sunan Abi Daud di Madarasah Ulum Shar’iyyah. Di Kota Nabi ini, Maulana mula menulis kitab Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Imam Malik yang merupakan syarah atas kitab Al-Muwatta’ Imam Malik. Pada ketika itu, beliau berumur 29 tahun. Sepulangnya ke India, beliau mengajar kitab Sunan Abi Daud, Sunan al-Nasai, Al-Muwatta dan separuh bahagian dari Sahih Bukhari dimana separuhnya lagi diajar oleh mudir madrasah. Setelah mudir wafat, tugas mengajar Sahih Bukhari ini diberikan seluruhnya kepada Maulana Zakaria. Beliau mengajar sehingga tahun 1388H dan selepas itu beliau tidak mampu lagi mengajar kerana sakit mata yang dideritainya. Kecintaan Maulana Zakaria pada agama, terutama pada kajian ilmu hadith, sangat mendalam. Jangka masa waktu yang dihabiskan beliau untuk belajar dan mengajar hadith adalah selama lebih kurang 60 tahun. Dalam tempoh tersebut, beliau telah menulis lebih dari 80 kitab yang sangat tinggi nilainya dan diakui oleh para ulama di seluruh dunia. Beberapa kitab yang beliau tulis dalam bidang kajian hadith antara lain ; Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Imam Malik (syarah atas kitab Muwatta Imam Malik, terdiri dari 6 jilid), Lami’ al-Dirari ‘ala Jami’ al-Bukhari (syarah atas kitab Sahih Bukhari), Syarah Muslim (syarah Sahih Imam Muslim), Juz’ Hajjat al-Wida’ wa ‘Umrat al-Nabi (Isi Kandungan tentang haji dan umrah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.dan turut memuatkan masalah hukum haji, lokasi, dan tempat-tempat yang pernah dilalui atau disinggahi oleh Rasuulllah s.a.w.), Khasa’il Nabawi Sharh Shama’il al-Tirmidhi (syarah dan komentar terhadap kitab al-Shama’il al-Muhammadiyya-nya Imam Tirmidzi yang berisi tentang hadith-hadith yang berkenaan dengan peri kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.) dan beberapa kitab lainnya. Karya beliau yang paling terkenal ialah Fadhail Amal.
[6] nusrah adalah perkataan arab yang memberi maksud kemenangan. Dari segi penggunaan ayat, ia biasanya dimaksudkan dengan bantuan dari ALLAH swt kepada golongan yang beriman dan bertaqwa kepada-NYA.
Source : http://dalamdakwah.wordpress.com/2013/09/05/maulana-saad-hari-ini-bila-kita-dengar-hadith-fadhilah-keluar-di-jalan-allah-kita-anggap-untuk-berperang-padahal-perang-bukan-maksud-karena-tidak-ada-nabi-diutus-oleh-allah-s-w-t-untuk-binasakan-man/

Title : Maulana Saad: Hari ini bila kita dengar hadith fadhilah keluar di jalan Allah, kita anggap untuk berperang padahal perang bukan maksud karena tidak ada nabi diutus oleh Allah s.w.t untuk binasakan manusia
Description : Setiap manusia diatas mukabumi ini berusaha. Setiap orang yang berusaha akan mendapat keyakinan atas apa yang diusahakan. Seorang petani yan...

0 Response to "Maulana Saad: Hari ini bila kita dengar hadith fadhilah keluar di jalan Allah, kita anggap untuk berperang padahal perang bukan maksud karena tidak ada nabi diutus oleh Allah s.w.t untuk binasakan manusia"
Posting Komentar